Sunday 8 September 2013

Penceritaan Berkenaan Seorang Sahabat.

Bila citer pasal kawan, sume org ada kawan yg bermacam ragam perangainyer, ada yang happy go lucky, suka dok sorg2 tanpa diganggu, suka travel & sebagainya...tapi bila sentuh bab sahabat ramai ke antara kawan kita bleh jadi sahabat??? sebenarnya Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang sentiasa mendorong kita kepada kebaikan dan saling mengingati tentang sesuatu perkara...Al-kisahnya...petang tadi jam 2.00pm aku ngan seorg lagi kawan menghantar sahabat aku ke Terminal LCCT coz dia balik kampung halamannya di Sandakan Sabah. Punyalah aku terkezutt coz dia x bagi tau pun yg dia nak tinggalkan Semenanjung. Sedih + sebak bila kali terakhi nak masuk gate departure tadi dia peluk aku dan bersalaman tanda terakhir kami akan berpisah...Sedih coz banyak kenangan suka duka aku bersama ngan dia. Sempat aku pesan kat dia kalau berjaya nanti jangan lupakan aku...sampaikan aku cakap kat dia kalau ada job di sabah yang bagus2 jgn lupe inform kat aku...Kalau ko terbaca tulisan aku ni aku nak ko tau aku xkan pernah lupa kenangan kita sahabat...bermula waktu kenal sama2 di Universiti, berjuang dlm arena debat, sehinggalah bercuti sama2 di Genting Highland, makan meatball kat Ikea huhuhu...lepas ni nampaknyer pegi sorg2 la klu nak makan meatball...Ingat lagi waktu ko beraya rumah ko pelik juadah raya yg aku sediakan ye lah mane nak sama ngan juadah raya di SABAH...

doaku kutitip buatmu seorang SAHABAT.



Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.
Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-sahabat-najwa-latif.html#ixzz2h9pHriNM

sekian...

Sunday 3 July 2011

Malaysia mara ke pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia

 
ucapan tahniah buat pasukan negara coz berjaya mara ke pusingan kedua kempen piala dunia 2014 zon Asia buat kali pertama dalam sejarah bolasepak malaysia. in my opinion, malam tadi persembahan di bahagian serangan mampu mengugat gol lawan tapi bahagian tengah kurang berfungsi dan pertahanan lemah dan selalu hilang bola dan banyak kesilapan yang tak patut dilakukan.


1 lagi, mutu pengadilan sesuatu permainan menjadi salah satu faktor yg menyebabkan sesuatu pasukan itu boleh bermain dgn baik atau pun tidak kerana, jika sesuatu pasukan mampu  bermain dgn baik tetapi kerana mutu pengadilan yg lemah, ianya juga akan meyebabkan tempo permainan akan beubah dan mood pemain sendiri akan ikut terlibat sama. papepun kita berjaya melakar sejarah...tahniah harimau Malaya...